Pendahuluan
Latihan Industri adalah merupakan satu komponen utama dalam kurikulum pembelajaran di Politeknik. Pelajar yang mengikuti kursus ini disyaratkan lulus latihan industri sebelum ianya diperakukan bagi penganugerahan Diploma Politeknik Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia. Tempoh latihan industri yang dijalankan oleh semua pelajar Politeknik adalah selama 20 minggu atau 1 semester.
Saya telah memohon dan mendapat tempat untuk menjalani latihan industri di Jabatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi ( ICT ) di Majlis Bandaraya Shah Alam. Di jabatan ini saya di tempatkan di bahagian penyelanggaraan sistem. Sepanjang latihan industri ini diberi peluang untuk mengikuti pembelajaran yang terlibat membuat sistem untuk kegunaan kakitangan di MBSA ini.Saya dapat memahami dan mengetahui lebih mendalam dalam selok belok dalam bidang Teknologi Maklumat ( Pengaturcaraan ).
Objektif Latihan Industri
Setiap Pelajar Politeknik diwajibkan menjalani Latihan Industri dalam tempoh yang telah ditetapkan iaitu selama 5 bulan. Pelajar perlu lulus latihan industri sebelum diiktiraf memasuki semester seterusnya. Diantara objektif utama latihan ini diwujudkan :

- Mendedahkan kepada para pelajar dengan alam pekerjaan sebenar.
- Menanamkan semangat kerja berpasukan semasa bekerja.
- Membolehkan pelajar melihat berkaitan teori yang dipelajari dengan kerja-kerja praktikal.
- Menimbulkan kesedaran serta meningkatkan minat pelajar terhadap jurusan yang dipilih.
- Untuk mengamalkan peraturan-peraturan keselamatan dalam industri.
- Meningkatkan semangat tanggungjawab, jujur, amanah dan berdedikasi terhadap tugas-tugas yang diberi.
Objektif Laporan Latihan Industri
Antara beberapa objektif Laporan Latihan industri ini adalah seperti yang dinyatakan seperti berikut :
- menjadikan bukti bahawa pelajar telah menjalani Latihan Indusrtri mengikut jangka waktu yang telah ditetapkan.
- menjadikan rujukan untuk masa hadapan apabila pelajar telah bekerja.
- mencatat segala aktiviti semasa menjalani latihan industri.
- menguji kemampuan pelajar mendokumentasikan aktiviti kerja harian sepanjang menjalani latihan industri.
Kepentingan Latihan Industri
Latihan Industri adalah wajib dijalani oleh semua pelajar di Industri Pengajian Tinggi Awam atau Swasta sebagai syarat wajib bagi melayakkan pelajar menerima Sijil Diploma atau Ijazah mengikut jurusan yang diambil. Sebenarnya ia bukan setakat memenuhi syarat tersebut tetapi ia memberi kesedaran mengenai situasi sebenar di alam pekerjaan. Dengan adanya latihan industri banyak pengalaman yang berguna dan berharga diperolehi sebagai bekalan menjejak kaki ke alam pekerjaan yang sebenar. Ia juga dapat membina keyakinan diri dengan pengalaman dan pengetahuan yang pelajar dapat daripada latihan industri.
Latihan industri adalah penting kerana dapat mendedahkan para pelajar kepada alam pekerjaan yang sebenar. Ia juga dapat menambahkan serta meluaskan pengetahuan teknikal dan kemahiran pelajar, jika sebelum ini para pelajar memperolehi pengetahuan secara terhad, tetapi apabila pelajar mengikuti latihan ini, pelajar dapat mengetahui dengn lebih lanjut lagi tentang sesuatu perkara dan kehendak semasa melakukan pekerjaan. Selain itu, pelajar dapat mempelajari tentang teknologi atau kemahiran baru semasa menjalani latihan industri.
Selain daripada itu, latihan ini juga dapat meningkatkan kebolehan dan peribadi pelajar yang lebih baik seperti dapat menonjolkan kebolehan untuk bekerja dengan bersungguh-sungguh dan bekerja dengan penuh dedikasi serta menampilkan sikap positif kepada majikan. Latihan ini juga penting kerana ia dapat menghilangkan rasa rendah diri seseorang pelajar dimana apabila pelajar menjalani latihan industri berkemungkinan pelajar akan bertemu dengan orang yang berpangkat tinggi atau lebih berusia. Nilai hormat-menghormati terhadap orang sekeliling akan timbul di dalam diri pelajar sekiranya pelajar menjalankan latihan industri dengan sepenuh hati dan ikhlas. Diharap sifat ini akan berkekalan pada masa hadapan. Melalui latihan ini juga, pelajar dapat menangani sesuatu masalah dengan lebih bijaksana.